Tuesday, 3 March 2020

KEDATANGAN KUASA BARAT KE ALAM MELAYU-BAB 1 [T3]


FAKTOR MENDORONG KUASA ASING KE  TANAH MELAYU

KESTABILAN DAN KEMAKMURAN NEGARA
KAYA DENGAN HASIL BUMI DAN SUMBER ALAM
SISTEM EKONOMI YANG TERATUR

 KESTABILAN DAN KEMAKMURAN NEGARA

Mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang stabil.
Kestabilan ini merupakan hasil kebijaksanaan pemerintah.
Pemerintah sanggup berganding bahu dengan rakyat jelata untuk membangunkan negeri.
Kemakmuran negeri diperolehi dengan memanfaatkan sumber hasil bumi dan sumber
hasil alam untuk memajukan ekonomi negeri.

KESTABILAN NEGARA

Sistem pemerintahan beraja dan pentadbiran yang sistematik.
Sistem pentadbiran, sistem perundangan dan struktur sosial masyarakat yang 
tersusun dengan mantap.
Hubungan baik antara golongan pemerintah dengan rakyat jelata membolehkan 
hubungan luar dijalin dengan berkesan.

SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR SOSIAL

Sistem pemerintahan beraja yang diwarisi daripada kesultanan Melayu Melaka.